Ahad, 1 Februari 2009

Muqadimmah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,



Di mulai blog pertama ana dengan lafaz Alhamdulillah wa shukrulillah kerana dengan Taufiq dan hidayahNya mendorong dan memberi kekuatan berkongsi lautan IlmuNya dengan pencari-pencari keredhaan Allah Subhanahuwataala. Selawat dan Salam keatas junjungan Nabi kita Muhammad saw, para sohabat, tabien, tabi' tabien, para waliyullah dan pendokong2 agama kebenaran baik yg hidup maupun yg telah terlebih dahulu menghadap Allah Rabbul Jalil.



Kehadiran blog ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memanjangkan kuliah pengajian Ustaz kami Al Fadhil Utz Fadzli al Yamani di Masjid Jamek Kampung Baru pada tiap-tiap hari Sabtu selepas Asar.



Ianya penting terutama dalam arus kemodenan abad ini yang sedikit demi sedikit meninggalkan tuntutan asas2 ilmu Fardhu Ain dan Kiyafah hingga kejahilan dan kefasadan melata-lata memenuhi setiap penjuru kehidupan kita. Lebih2 lagi serangan aqidah yang sesat dan samar2 terutama dari fahaman Wahabi ataupun dikenali sebagai Salafi atau Assunnah yang dipelopori oleh Syk Muhammad Abd Wahab dan Ibnu Taimiyah sudah menyerap di akar umbi du nusantara ini.



Moga-moga dengan Nur Aqidah kitab ini yang dikarang oleh Syk Sayid Ahmad MArzuki dan di syarahkan oleh Imam Nawawi Bentan dlm kitab Nurul Zholam mampu menguatkan Tauhid dan menangkis serangan dan dakyah ajaran sesat. Moga2 Allah mencucuri rahmat kepada pengarang, para mashaikh, dan umat Islam sekian alam.



Ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kami bersedia mendengar sebarang teguran yang membina.



Wallhua'lam.....dari ana yg serba dhaif



Wassalam.